Contact us

+60327879181

Mencari produk yang betul untuk bajet raya anda?
Ini adalah pilihan anda :

RHB Easy-Pinjaman Ekspres Kelulusan serta merta di mana-mana cawangan seluruh negara. Hanya bawa MyKad dan bawa pulang wang tunai anda!
  • Kadar Keuntungan dari (p.a.)

    8.18%

  • Jumlah Pembiayaan

    Up to
    RM150,000

  • Tempoh Pembiayaan

    1 - 5
    years

  • Gaji
    Minimum

    RM1,500

Al Rajhi Bank Personal Financing-i Peroduk berciri Islamik yang terbaik dan menawarkan kadar keuntungan menarik
  • Kadar Keuntungan dari (p.a.)

    6.99%

  • Jumlah Pembiayaan

    Up to
    RM150,000

  • Tempoh Pembiayaan

    2 - 8
    years

  • Gaji
    Minimum

    RM4,500

Mach I.O.U Personal Loan Dapatkan 20% rebat tunai terhadap faedah untuk penjimatan yang menguntungkan. Cuma bayar pinjaman anda tepat pada masanya.
  • Kadar Faedah dari (p.a.)

    7.90%

  • Jumlah
    Pinjaman

    Up to
    RM250,000

  • Tempoh
    Pinjaman

    2 - 7
    years

  • Gaji
    Minimum

    RM3,000

Citibank Personal Loan Pinjam sehingga 8x gaji kasar bulanan anda untuk mendapatkan apa-apa sahaja yang anda mahu
  • Kadar Faedah dari (p.a.)

    7.90%

  • Jumlah
    Pinjaman

    Up to
    RM150,000

  • Tempoh
    Pinjaman

    2 - 5
    years

  • Gaji
    Minimum

    RM4,000

Alliance Islamic Bank CashVantage Personal Financing-i Gabungkan hutang kad kredit anda kepada SATU akaun dan dapatkan penjimatan bayaran faedah melebihi 50%.
  • Kadar Keuntungan dari (p.a.)

    8.38%

  • Jumlah Pembiayaan

    Up to
    RM150,000

  • Tempoh Pembiayaan

    1 - 7
    years

  • Gaji
    Minimum

    RM3,000

HSBC Amanah Personal Financing-i Pembiayaan peribadi Islamik yang mudah - tiada penjamin, tiada cagaran dan kelulusan segera
  • Kadar Keuntungan dari (p.a.)

    8.75%

  • Jumlah Pembiayaan

    Up to
    RM150,000

  • Tempoh Pembiayaan

    2 - 7
    years

  • Gaji
    Minimum

    RM5,000

HSBC Amanah MPower Platinum Nikmati sehingga 8% rebat tunai untuk perbelanjaan petrol dan barangan runcit setiap hari!
  • Kadar Faedah (p.a.)

    15%

  • Pindahan Baki (p.a)

    0%

  • Yuran Tahunan

    Free*

  • Gaji
    Minimum

    RM3,000

Citi Simplicity+ Credit Card Nikmati 10% pulangan faedah setiap bulan untuk pembayaran mengikut masa
  • Kadar Faedah (p.a.)

    15%

  • Pindahan Baki (p.a)

    2.99%

  • Yuran Tahunan

    Free

  • Gaji
    Minimum

    RM2,000

Citi Cash Back Card Nikmati rebat tunai sehingga 5% untuk semua pembelian runcit harian!
  • Kadar Faedah (p.a.)

    15%

  • Pindahan Baki (p.a)

    2.99%

  • Yuran Tahunan

    Free*

  • Gaji
    Minimum

    RM3,000

HSBC Visa Platinum Daptakan sehingga 8x Mata Ganjaran daripada perbelanjaan di lebih 20 pusat beli belah seluruh negara
  • Kadar Faedah (p.a.)

    15%

  • Pindahan Baki (p.a)

    0%

  • Yuran Tahunan

    Free*

  • Gaji
    Minimum

    RM3,000

Citi Shell-Citi Credit Card Tawaran rebat tunai sehingga 8% untuk isian petrol di Shell seluruh negara
  • Kadar Faedah (p.a.)

    15%

  • Pindahan Baki (p.a)

    2.99%

  • Yuran Tahunan

    Free*

  • Gaji
    Minimum

    RM2,000

Citi AirAsia-Citi Gold Visa Card Dapatkan sehingga 2x Mata AirAsia untuk setiap RM1 dan keistimewaan daripada AirAsia untuk tempaah awal ketika promosi
  • Kadar Faedah (p.a.)

    15%

  • Pindahan Baki (p.a)

    2.99%

  • Yuran Tahunan

    Free*

  • Gaji
    Minimum

    RM2,000

HSBC Visa Signature Card Dapatakan sehingga 10x Mata Ganjaran daripada perbelanjaan di hotel, restoran dan beli belah
  • Kadar Faedah (p.a.)

    15%

  • Pindahan Baki (p.a)

    0%

  • Yuran Tahunan

    Free*

  • Gaji
    Minimum

    RM8,333

Citi PremierMiles Visa Card Dapatkan sehingga 2 PremierMile untuk setiap RM3 yang dibelanjakan dan tebus dengan penerbangan percuma di lebih 90 syarikat penerbangan!
  • Kadar Faedah (p.a.)

    15%

  • Pindahan Baki (p.a)

    2.99%

  • Yuran Tahunan

    Free*

  • Gaji
    Minimum

    RM8,333

Citi Rewards Card Dapatkan 5x Mata Ganjaran daripada perbelanjaan di pasar raya dan pusat beli-belah
  • Kadar Faedah (p.a.)

    15%

  • Pindahan Baki (p.a)

    2.99%

  • Yuran Tahunan

    Free*

  • Gaji
    Minimum

    RM8,333

Citi Clear Credit Card Beli 1 percuma 1 tiket panggung wayang di GSC atau TGV pada setiap hari Jumaat.
  • Kadar Faedah (p.a.)

    15%

  • Pindahan Baki (p.a)

    2.99%

  • Yuran Tahunan

    Free*

  • Gaji
    Minimum

    RM2,000

Citi AirAsia-Citi Platinum Visa Card Dapatkan sehingga 3x Mata AirAsia untuk setiap RM1 dan keistimewaan daripada AirAsia untuk tempaah awal ketika promosi
  • Kadar Faedah (p.a.)

    15%

  • Pindahan Baki (p.a)

    2.99%

  • Yuran Tahunan

    Free*

  • Gaji
    Minimum

    RM3,000

Kelulusan segera

- RHB Easy Pinjaman Ekspresmenawarkan kelulusan serta merta.

- Citibank Pinjaman Peribadi hanya mengambil masa 30 minit untuk memberikan kelulusan.

Pinjaman yang murah

- Al Rajhi Bank dan HSBC Amanah Pembiayaan Peribadi-i menawarkan kadar keuntungan serendah 6.99% sahaja

Mudah mendapat kelulusan

- Semua produk adalah sangat mudah untuk memberi kelulusan, dengan syarat anda mempunyai latar belakang kewangan yang baik

Jumlah pinjaman tertinggi / Tempoh pinjaman paling lama

- Mach I.O.U Pinjaman Peribadi menawarkan pinjaman sehingga 12x gaji bulanan anda

- Al Rajhi Bank Pembiayaan Peribadi-i memberikan anda sehinga 8 tahun tempoh pembiayaan.

Beli-belah

- Dapatkan 8x Mata Ganjaran untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall.

- Dapatkan 5x Mata Ganjaran untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di pusat beli belah yang terpilih.

Petrol

- Sehingga 8% rebat tunai untuk petrol setiap hari di Shell, Caltex, Petronas dan BHP.

- 1 mata ganjaran untuk setiap RM1 yang dibelanjakan.

Restoran

- 8x Mata Ganjaran untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di luar negara.

- 5x Mata Ganjaran untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di dalam negara.

Perjalanan

- Tukarkan 3,000 mata ganjaran kepada 1,000 mata penerbangan

What our customers say about us

  • Apakah perbezaan antara kad kredit dan pinjaman peribadi?

    Kad kredit adalah kredit yang memberi pra-kelulusan terhadap pinjaman duit pada bila-bila masa, mengikut had kredit anda. Pinjaman peribadi pula adalah pinjaman tidak bercagar dan anda perlu membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui setiap bulan sehingga tempoh yang ditetapkan.


    Dengan kad kredit, jika anda tidak menyelesaikan baki perbelanjaan, ia akan terkumpul setiap bulan sehingga anda akan menghadapi kesusahan untuk menyelesaikan hutang tersebut. Namun, dengan pinjaman peribadi, anda sudah tahu jumlah wang yang harus dibayar setiap bulan untuk menyelesaikan hutang anda. Hutang anda tidak bertambah, melainkan anda membuat pinjaman yang baru.


  • Kad kredit atau pinjaman peribadi: Mana satu lebih baik?

    Apabila anda memerlukan tunai, kad kredit dan pinjaman peribadi adalah produk kewangan yang paling sesuai. Namun, kedua-dua produk ini tidak sama dan mempunyai kelebihan dan kekurangn yang tersendiri.

    Kad kredit sangat sesuai untuk perbelanjaan jangka masa pendek yang ada dapat selesaikan dengan cepat. Pinjaman peribadi pula baik untuk perbelanjaan jangka masa panjang, seperti pembelian barangan yang besar atau untuk menggabungkan semua hutang-hutang semasa anda.

  • Apakah Pinjaman Peribadi?

    Pinjaman peribadi merupakan pinjaman jangka pendek yang mempunyai tempoh pembayaran balik lebih pendek berbanding gadai janji. Di mana gadai janji memerlukan tempoh pembayaran sepanjang 20, 30 atau 40 tahun, tempoh pembayaran balik pinjaman peribadi biasanya hanya satu hingga lima tahun.

    Tidak seperti pinjaman perumahan, pinjaman ini pada kebiasaannya tidak bercagar, ini bermakna anda boleh meminjam wang tanpa memberi sebarang bentuk sekuriti atau aset kepada pemberi pinjaman (bank) seperti rumah atau kereta anda. Walaupun anda tidak memberi apa-apa cagaran, anda masih bertanggungjawab untuk membuat pembayaran balik anda tepat pada masanya. Penalti dan yuran akan dikenakan sekiranya anda gagal membuat pembayaran, malah akan memberi kesan negatif terhadap skor kredit anda.

    Bagaimanakah Pinjaman Peribadi Di Malaysia Berfungsi?

    Pinjaman peribadi secara amnya boleh didapati serendah RM1,000 sehingga RM150,000 ke atas. Jumlah pinjaman anda bergantung kepada kelayakan anda (contohnya keupayaan anda untuk membayar balik pinjaman tersebut), serta syarat-syarat yang ditawarkan oleh pemberi pinjaman. Jika anda ingin meminjam lebih daripada julat ini, mungkin pinjaman bercagar adalah pilihan yang lebih baik untuk anda.

    Apabila anda mengambil pinjaman dengan bank, anda akan menandatangani perjanjian pinjaman yang menggariskan jumlah yang dipinjam, kadar faedah dan jumlah bayaran balik bulanan anda. Perjanjian ini juga akan menyenaraikan pembayaran balik pinjaman anda - bayaran bulanan anda berserta tempoh pinjaman dalam tahun dan bulan secara terperinci. Sebagai panduan, semakin lama tempoh pembayaran balik anda, semakin tinggi jumlah pembayaran anda.

    Terdapat dua jenis pinjaman, pinjaman bercagar dan tidak bercagar. Di Malaysia, pinjaman peribadi yang sering dimohon oleh orang ramai adalah pinjaman peribadi tidak bercagar.

    Pinjaman Peribadi Islamik Berbanding Pinjaman Peribadi Konvensional

    Jadual perbandingan kami menyenaraikan kedua-dua Pinjaman Peribadi Islamik yang berdasarkan rukun Syariah serta pinjaman konvensional. Perbezaan utama antara kedua-dua pinjaman ini adalah cirri-ciri kewangan Islamik yang bergantung kepada perkongsian pemilikan aset serta risiko dan keuntungan / kerugian yang terlibat. Layari laman khusus Pinjaman Peribadi Islamik kami untuk maklumat selanjutnya.

    Pinjaman Bercagar Berbanding Pinjaman Tidak Bercagar

    Pinjaman Bercagar:
    Pinjaman bercagar merupakan pinjaman di mana peminjam menawarkan aset mereka, seperti kereta atau rumah sebagai sekuriti atau cagaran bagi pinjaman mereka. Oleh itu, kos pinjaman biasanya adalah lebih rendah daripada pinjaman tidak bercagar. Walau bagaimanapun, peminjam perlu bersikap cermat terhadap keupayaan kewangan mereka untuk membayar balik pinjaman tersebut. Kegagalan membayar balik pinjaman akan menyebabkan aset keselamatan mereka ditarik balik.

    Pinjaman Tidak Bercagar:
    Pinjaman tidak bercagar pula adalah lebih sukar untuk didapati kerana peminjam tidak diwajibkan untuk menawarkan sebarang bentuk aset sebagai cagaran. Oleh itu, mereka perlu meyakinkan pemberi pinjaman akan keupayaan kewangan atau kestabilan kredit mereka. Ini adalah untuk memastikan supaya peminjam berkemampuan untuk membayar balik pinjaman tersebut.

    Dengan pinjaman peribadi tidak bercagar, kos pinjaman juga adalah lebih tinggi kerana pemberi pinjaman mengambil risiko yang lebih tinggi semasa menyediakan pinjaman. Walaupun peminjam tidak memberikan apa-apa bentuk cagaran kepada pemberi pinjaman mereka, ini tidak bermakna bahawa mereka boleh melarikan diri daripada membayar balik pinjaman tersebut dengan sepenuhnya. Pemberi pinjaman berhak membawa peminjam ke mahkamah dengan tujuan mengambil alih dan menjual aset peminjam untuk menggantikan sebarang kerugian yang dialami.

    Kadar Faedah

    Penalti Penyelesaian Awal:

    Sesetengah bank akan mengenakan penalti sekiranya anda membayar balik kesemua pinjaman anda awal daripada tempoh yang dipersetujui (ini adalah kerana mereka tidak akan memperolehi faedah yang dijangka). Bayaran ini adalah berbeza-beza antara pemberi pinjaman dan boleh mencecah nilai faedah sebanyak 3 bulan.

    Yuran-yuran Lain:

    Semak terma dan syarat perjanjian pinjaman anda untuk mengetahui yuran-yuran lain yang terlibat seperti yuran pemprosesan, duti setem dan lain-lain caj (contohnya yuran broker)

    Kriteria Kelayakan:

    Ramai pemberi pinjaman mempunyai syarat kelayakan yang ketat seperti umur dan status pendapatan. Kadang kala anda juga mungkin perlu mengemukakan bukti pemilikan aset dan butir-butir tanggungan hutang lain anda.

    Adakah Pinjaman Peribadi Bagus Untuk Anda?

    Pinjaman peribadi adalah penting bagi orang-orang yang memerlukan wang tunai segera, sama ada ia adalah pembelian tiket besar atau untuk menangani masalah kewangan jangka pendek. Sebelum anda memohon pinjaman peribadi, fikir sama ada terdapat pilihan pembiayaan lain yang mungkin lebih sesuai dengan keperluan anda. Fikir dengan teliti tentang keupayaan anda membayar balik hutang, serta pertimbangkan apa yang akan berlaku jika anda berhenti menjana pendapatan.

    Untuk tip dan panduan lanjut tentang pinjaman peribadi di Malaysia, lihat panduan lengkap iMoney mengenai pinjaman peribadi.

    Apakah Itu Kad Kredit?

    Kad kredit adalah kad pembayaran yang dikeluarkan oleh sebuah institusi kewangan (iaitu pengeluar kad) yang membolehkan pemegang kad untuk membeli barangan serta perkhidmatan secara kredit.

    Kegunaan Kad Kredit

    Kad kredit berfungsi seperti pinjaman peribadi. Apabila anda membuat pembayaran menggunakan kad kredit, anda sebenarnya telah "meminjam" wang daripada pengeluar kad anda. Pada akhir setiap bulan, anda dijangka untuk membayar balik jumlah yang telah "dipinjamkan" kepada and. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan anda dikenakan faedah ke atas jumlah yang belum dibayar.

    Kategori Kad Kredit Yang Berbeza Di Malaysia

    Terdapat pelbagai jenis kad kredit yang masing-masing mempunyai keistimewaan dan fungsinya yang berbeza. Berikut adalah kategori utama kad kredit di Malaysia yang boleh anda pertimbangkan:

    • • Kad Kredit Ganjaran: Kad-kad kredit ini memberikan anda mata ganjaran untuk pembelian kad kredit. Mata ganjaran boleh menebus hadiah dan baucer-baucer lain yang dipamerkan dalam katalog ganjaran pengeluar.
    • • Kad Kredit Pulangan Tunai: Kad-kad ini memberi balik anda satu peratus jumlah digunakan serta dibayar kembali kepada pemegang kad kredit. Setiap kad kredit memberikan lokasi lain, dari mana anda boleh menerima pulangan tunai darpada perbelanjaan.
    • • Kad Kredit Pelancongan: Kad-kad ini memberi anda mata Mile untuk belian terpilih. Mata Mile boleh tebus untuk hak istimewa pelancongan, seperti tiket penerbangan dan peningkatan tempat duduk dengan sistem penerbangan tertentu.
    • • Kad Kredit Minyak Petrol: Kad-kad ini menawarkan faedah berkaitan petrol, seperti rebat tunai atau ganjaran tambahan minyak petrol dan perbelanjaan di kiosk petrol.
    • • Kad Kredit Dining: Dengan kad kredit ini, membenarkan anda menikmati diskaun dan promosi eksklusif dari pelbagai restoran setiap kali anda makan di luar. Kad-kad ini menawarkan faedah berkaitan petrol, seperti rebat tunai atau ganjaran tambahan minyak petrol dan perbelanjaan di kiosk petrol.
    • • Kad Kredit Membeli-Belah: Kalau anda suka membeli-belah, kad kredit macam ini boleh memberi anda tawaran-tawaran eksklusif dan pelbagai diskaun dari pusat beli-belah terkenal.
    • • Premium: Kad ini menawarkan keistimewaan yang memberi tumpuan kepada produk yang berharga tinggi dan perkhidmatan mewah, seperti golf, restoran terpilih dan kelab eksklusif.
    • • Kad Kredit Islamik: Kad-kad yang mematuhi undang-undang Syariah

    Kadar Faedah Kad Kredit Di Malaysia

    Pengeluar kad mengamalkan sistem berperingkat terhadap kadar faedah bagi kad kredit mereka. Secara umumnya, anda akan dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi jika anda mempunyai sejarah pembayaran balik yang tidak konsisten, dan kadar faedah yang lebih rendah jika anda mempunyai sejarah pembayaran balik yang tepat pada masanya. Di Malaysia, kadar faedah yang biasanya dikenakan adalah sebanyak 13.5 - 17.5% setahun. Sesetengah pengeluar kad juga mungkin mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi atau lebih rendah bergantung kepada polisi-polisi pengoperasian mereka.

    Pembayaran Balik Minimum Bulanan Untuk Kad Kredit Di Malaysia

    Di Malaysia, pemegang kad pada kebiasaannya diwajibkan untuk membuat bayaran minimum sebanyak 5% ke atas bil-bil kad kredit (atau minimum RM50) pada tarikh yang ditetapkan setiap bulan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan penalti yang bersamaan dengan 1% daripada jumlah yang belum dibayar pada bil kad kredit anda (atau minimum RM10).

    Had Kredit Untuk Kad Kredit Di Malaysia

    Di Malaysia, mana-mana individu dengan pendapatan sebanyak RM36,000 setahun atau kebawah akan dikenakan had kredit maksima sebanyak dua kali ganda daripada pendapatan bulanan beliau. Sebagai contoh: jika pendapatan bulanan anda adalah RM2,000, had kredit maksimum anda adalah 2 × RM2,000 = RM4,000. Had kredit untuk mereka yang berpendapatan melebihi RM36,000 akan ditetapkan oleh pengeluar kad.

    Apakah Jumlah Kad Kredit Yang Boleh Anda Miliki Di Malaysia

    Di Malaysia, anda layak memiliki seberapa banyak kad kredit yang anda perlu, namum hanya daripada dua (2) pengeluar kad sahaja dengan pendapatan tahunan anda sebanyak RM36,000 dan kebawah. Had pada bilangan kad kredit dan pengeluar kad tidak wujud jika pendapatan tahunan anda melebihi RM36,000. Walau bagaimanapun sila ambil perhatian terhadap cukai perkhidmatan sebanyak RM50 yang dikenakan setiap tahun bagi setiap kad utama anda, manakala cukai perkhidmatan sebanyak RM25 setahun dikenakan untuk setiap kad tambahan anda.

    Proses Dan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Kad Kredit

    Anda boleh memohon untuk kad kredit melalui Internet secara PERCUMA dengan menggunakan kalkulator atas talian iMoney. Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan berbeza mengikut pengeluar kad, tetapi biasanya termasuk:

    Bagi pekerja:
    Satu salinan MyKad anda (bahagian depan & belakang), slip gaji untuk tiga bulan terkini + penyata bank untuk tiga bulan terkini ATAU penyata KWSP untuk tiga bulan terkini.
    Bagi yang bekerja sendiri:
    Satu salinan MyKad anda (bahagian depan & belakang) dan Borang B / BE terkini yang diperakui oleh pihak LHDN.